Assalamualaikum...
Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar
Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar
memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami
berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa
da’wah adalah pengorbanan. Mereka belum mengerti tentang apa yang harus
mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta
dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’iee sering menjadi contoh yang
tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat.
Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka
kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban
yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang
memperlambatkan kelancaran da’wah.
Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam
itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam,
atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau
menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap Ada
pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicitacitakan
ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu
jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang
bertujuan memajukan jama’ah itu....!
Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini dan mereka itu adalah para
petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka
belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke
RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut
menghirup udaranya yang segar…!
Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam, seharusnya
mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu. Mereka
sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu
yang bernama “PENGORBANAN”. Pengorbanan dalam ertinya yang luas,
melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala
peredaran dalam roda Islam, walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan
suasana alam sekitar, dan bagaimanapun beratnya tugas yang harus
dilaksanakan!
قدرشحوك لامرلوفطنت له، فاربابنفسك ان ترعىمع الهمل.
Artinya;Sesungguhnya anda sudah dicalonkan unuk tugas itu....
Jika anda telah mengerti hal itu....,
Maka anda perlu mempersiapkan diri....,
Agar jangan sampai tejadi...,
Anda dikenang orang di samping kegagalan
Amal dalam Islam merupakan usaha, yang bertujuan merombak
masyarakat Jahiliyyah dalam segala seginya; kemudian membangun masyarakat
Islam dalam segala aspek kehidupan! Jadi, mencabut kebudayaan Jahiliyyah
sampai ke akar-akarnya, baik Jahiliyyah cara berfikir, atau Jahiliyyah susunan
masyarakat, atau Jahiliyyah budi pekerti! Hal itu bererti, bahawa para da’iee
harus berhadapan dengan mereka yang menyiarkan dan mempertahankan
kebudayaan, cara berfikir, budi pekerti, dan segala Ajaran Jahiliyyah itu! Tujuan
terakhir dari da’wah ialah menegakkan agama Allah di bumi ini, dan
meruntuhkan kekuasaan Thaghut....
Jalan yang begini sukar menempuhnya, dan tujuan yang begitu agung, di
samping tugas yang begitu berat, tentu saja sukar untuk dipikul oleh petugas
yang lemah imannya. Yang sanggup mengerjakan tugas itu hanyalah para
penda’wah yang telah mewaqafkan hidupnya untuk berjuang menegakkan
agama Allah...., mereka yang sudah tidak ada yang lebih dicintainya selain Allah
dan Rasul-Nya. Mereka bersedia melepaskan dirinya dari kesenangan hidup
dunia dan segala keinginannya. Mereka tidak mahu mengarahkan kegiatannya
untuk meni’mati godaan dunia ini, dengan segala ragamnya....!
( وََأمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ اْلهَوَى ( 40 ) َفإِنَّ الْجَنََّة هِيَ اْلمَْأوَى ( 41
Artinya;
“Dan adapun arang yang takut memikirkan kedudukannya di sisi Tuhan-Nya, dan ia
melarang dirinya dari memperturutkan kemauannya, maka syurga itulah kelak yang
akan menjadi tempat menetap……
(Surah Al-Nazi’at: Ayat 40-41)
Ber’amal untuk Islam belumlah dapat dijangkau oleh para penda’wah
yang berda’wah hanya dengan lisan saja, hanya berbicara meyampaikan ajaranajaran
Islam kepada masyarakat! Kata-kata yang diucapkannya itu harus
disertainya dengan niat yang ikhlas, hidup untuk Islam, mati kerana Islam...
tidak pernah lengah kerana berdagang dan berjual-beli. Ia tidak pernah lupa
untuk mengingati Allah, dan berjuang untuk menegakkan agama Allah....!
إِنَّ الّلهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ َأنفُسَهُمْ وََأمْوَاَلهُم بَِأنَّ َلهُمُ ا َ لجنََّة يَُقاتُِلو َ ن فِي سَبِيلِ الّلهِ
َفيَ ْ قتُُلو َ ن وَيُ ْ قتَُلو َ ن وَعْدًا عََليْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالُْقرْآنِ وَمَنْ َأوَْفى بِعَهْدِهِ مِنَ
الّلهِ َفاسْتَبْشِرُوْا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وََذلِكَ هُوَ اْلَفوْزُ الْعَظِيمُ
Artinya;
“Mereka bejuang untuk menegakkan agama Allah; akhimya mereka membunuh musuh
kemudian terbunuh itulah janji Tuhan yang benar, yang telah termaktub dalam Taurat,
Injil dan Qur-an. Dan tidak ada siapa pun yang lebih sempurna menepati janjinya dari
Allah. Oleh sebab itu bergembiralah kamu dengan perdaganganmu yang telah kamu
iqrarkan. Dan itulah dia, kemenangan yang besar.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 111)
Para penda’wah perlu mengingati bahawa memang sebenarnya jalan ke
syurga itu sulit dan sempit. Barang dagangan Allah itu hanya dapat dijangkau
oleh mereka yang mahu membayar harganya dan mencukupi perhitungannya!
Sungguh tepat penjelasan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam, pada waktu
baginda bersabda:
من خاف ادلج ومن ادلج بلغ المنزل. الا اسلعة الله غالية ألا ان سلعة
الله الجنة (رواه الترمذي ولحاآم)
Artinya;
“Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju-mundur. Barangsiapa
yang tidak maju-mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah, bahawa
barang dagangan Allah itu mahal, Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu ialah
syurga”
(Hadith Riwayat: Tirmidzi dan Al-Hakim).
Syadad Ibnu’l-Hadi pernah berkata: “Dahulu ada seorang laki-laki Badui
datang menghadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu menyatakan
bahawa dia beriman dan mengikuti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.
Kemudian ia berkata:
اهاجرمعك
Artinya
“Saya ingin hijrah bersama-sama dengan Rasulullah”
Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam menasihatkan kepada
beberapa orang sahabat, supaya memelihara orang itu. Kemudian tibalah
sa’atnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berangkat ke Perang Khaibar. Di
sana beliau berhasil menang dan memperoleh banyak harta rampasan perang.
Beliau lalu membagi harta itu. Beliau sendiri, dan orang Badui itu sama turut
dapat bahagian. Lalu orang Badui itu berkata:
ماعلى هذا اتبعتك ولكن اتبعتك ان ارمى هاهنا (اوأشارالى خلقه بسهم)
فاموت فادخل الجنة
Artinya;
“Bukanlah untuk memperoleh harta ini aku mengikuti Rasulullah! Aku mengikuti
Rasulullah kerana ingin kena lempar di sini dengan ini (sambil menunjuk ke lehemya
dan ke anak panah) , agar supaya aku mati dan lalu masuk syurga.”
Mendengar kata-katanya itu, RasuluLlah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:
ان تصدق الله ليصد قنك الله
Artinya;
“Jika anda berkata benar, kerana Allah, tentu Allah akan membenarkan kata-katamu
itu.”
Kemudian mereka tegak kembali, untuk melanjutkan pertempuran.
Akhirnya orang itu dibawa ke hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam
dalam keadaan ia sudah syahid. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu
bertanya:
أهوهم؟
“Benarkah dia..?
Para sahabat menjawab:
نعم
“Ya benar!”
Akhirnya Rasulullah bersabda:
صدق الله فصد قه.
Artinya;
“Dia benar-benar berjuang kerana Allah, maka Allah membenarkan kata-kata yang telah
diucapkannya”
Wahai para da’ie! Inilah dia jalan ke syurga! Perjuangan yang terusmenerus,
pekerjaan yang tak kunjung selesai! Semuanya disertai keinginan
untuk termasuk golongan syuhada’!
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا َلنَهْدِيَنَّهُمْ سُبَُلنَا وَإِنَّ اللَّهَ َلمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Artinya;
“Dan mereka yang bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki ke
jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang-orang yang
berbuat baik.”
(Surah Al-’Ankabut: Ayat 69)
- KEWAJIPAN MENYERU KEPADA ISLAM
Mengajak masyarakat untuk melaksanakan ajaran-ajaran islam,
menyuruh mereka berbuat baik dan melarang mereka berbuat yang tidak baik
adalah kewajiban dalam agama Islam. Maka kita sebagai warga, yang berada
dalam lingkungan medan Islam, seharusnya tegak membawa tugas itu
memikulnya dengan segala kesungguhan, mengerahkan tenaga, serta waktu dan
pemikiran kita. Dan inilah tugas utama bag setiap da’ie. Dalam Al-Qur’an yang
mulia, banyak ayat-ayat yang mendorong setiap Muslim untuk melaksanakan
tugas ini; di antaranya Firman Allah Ta’ ala:
وَْلتَ ُ كن مِّن ُ كمْ ُأمٌَّة يَدْعُو َ ن إَِلى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُو َ ن بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْ َ ن عَنِ الْمُن َ كرِ وَأُوَْلئِكَ
هُمُ الْمُفْلِحُو َ ن
Artinya;
“Dan hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yang mengajak orang berbuat baik,
menyuruh mereka mengerjakan kebaikan dan melarang mereka dari berbuat yang
mungkar dan hanya mereka itulah orang-orang yang betul-betul beruntung”
(Surah Ali-’Imran: Ayat 104)
وَمَنْ َأحْسَنُ َقوًْلا مِّمَّن دَعَا إَِلى اللَّهِ وَعَمِ َ ل صَالِحًا وَقَا َ ل إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Artinya;
“Dan tidak ada orang yang lebih baik kata-katanya dan seorang, yang mengajak ummat
manusia ke jalan Allah, dan ber’amal Saleh, dan berkata: Sesunggthnya saya tennasu*
golongan kaum Muslimin”.
(Surah Fusilat: Ayat 33)
َ
فلِ َ ذلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ َ كمَا أُمِرْتَ وََلا تَتَّبِعْ َأهْوَاءهُمْ
Artinya;
“Oleh sebab itu, ajaklah mereka itu ke jalan Allah, dan tetaplah pendirianmu
sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau mengikuti kemahuan
mereka.”
(Surah Al-Syura: Ayat 15)
وَادْعُ إَِلى رَبِّكَ إِنَّكَ َلعََلى هُدًى مُّسْتَقِيمٍ
Artinya;
“Dan ajaklah ummat manusia ke jalan Tuhanmu; sesungguhnya engkau benar-benar
berada di atas petunjuk yang lurus.”
(Surah Al-Hajj: Ayat 67)
يَا َأيُّهَا الرَّسُو ُ ل بَلِّ ْ غ مَا ُأنزِ َ ل إَِليْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَ ْ فعَ ْ ل َفمَا بَلَّغْتَ رِسَاَلتَهُ
Artinya;
“Wahai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika
tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan
amanahNya.”
(Surah Al-Ma’idah: Ayat 67)
Itulah sekeumit ayat yang mendorong kita untuk berda’wah. Ayat yang
belum dicantumkan masih banyak lagi. Demikian juga, Sunnah yang suci, padat
berisikan sabda dan pesan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam menerangkan
bahawa usaha memikul tugas berda’wah, mengajak ummat ke jalan Allah, itu
adalah kewajipan yang agung; berjuang meratakan kemakmuran lahir dan batin,
dan membanteras kemungkaran dengan segala macamnya. Kita ketengahkan
sekadar contoh-contohnya, di antaranya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam
bersabda;
من راى منكم منكرا فليغيره بيده فان لم یستطع فبلسا نه فان لم یستطع
فبقلبه وذلك أضعف االایمان، وليس وراء ذلك حبة خر دل من ایمان.
Artinya;
“Barangsiapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia
‘mengubahnya dengan tangannya; kalau tidak sanggup maka hendaklah ia mengubahnya
dengan lidahnya; dan kalau tidak sanggup maka hendaklah mengubahnya dengan
hatinya; dan itulah keimanan yang selemah-lemahnya. Dan tidak ada lagi keimanan di
belakangnya, walaupun hanya sebesar biji bayam.”
(H.R. Muslim)
یاایها الناس ان الله یقول لكمن: مروا بالمعروف وانهوا عن المنكر قبل
ان تدعوا فلا اجيب لكم وتسالونى فلا اعطيكم وتستنصرونى
فلاانصرآم.
Artinya;
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu: “Kamu sekalian
suruhlah orang mengerjakan kebaikan, dan laranglah mereka mengerjakan kejahatan,
sebelum kamu mendo’a tetapi Aku tidak mengabulkannya, dan kamu minta apa-apa
kepadaKu tetapi Aku tidak memberikannya, dan kamu meminta pertolongan kepadaKu
tetapi Aku tidak menolong kamu.”
(H.R. Tirmidzi)
من آتم علما مما ینفع الله به الناس فى امر الدین الجمه الله یوم القيامة
بلجام من نار
Artinya;
“Barangsiapa menyembunyikan sesuatu ilmu, pada hal dengan ilmu itu Allah memberi
manfa’at kepada manusia dalam masalah agama, maka kelak di hari qiamat ia akan
dikekang oleh Allah, dengan kekang dari api neraka.”
(H.R. Ibnu Majah)
مابال قوم لایفقهون جيرانهم ولایعلمونهم ولایعظونهم ولا یأمرونهم
ولاینهم نهم. ومابال اقوام لأ یتعلمون من خيرانهم ولا یتفقهون ولا
یتعظون. والله ليعلمن قوم جيرانهم ویفقهونهم ویعظونهم وینهونهم
واليتعلمن قوم من جيرانهم ویتفقهون ویتعظون اولأعا جلنهم بالعقاب.
Artinya;
“Apa halnya dengan kaum mereka tidak mahu memberi pengertian kepada tetangganya,
tidak mahu mengajar dan tidak mahu menasihati, mereka, tidak menyuruh dan tidak
melarang mereka? Dan apa-apaan pula beberapa kaum? Mereka tidak mahu belajar
kepada tetangganya tidak mahu bertanya dan tidak mahu menerima nasihat? Sungguh,
demi Allah, hendaklah suatu kaum mengajar tetangganya, memberi pengertian dan
menasihat serta menyuruh dan melarang mereka. Dan hendaklah kaum yang tidak tahu,
mahu belajar kepada tetangganya, mahu bertanya dan mahu menerima nasihat... atau,
kalau tidak demikian, maka Aku akan segera menimpakan siksa kepada mereka.
(H.R. Thabrani dalam Kitabnya “Al Kabir”)
Demikianlah Hadith-hadith Qudsi dan Sabda Rasulullah Sallahu‘alaihi
Wasallam dan yang tidak dimuat di sini masih lebih banyak lagi. Kesemuanya
merupakan dorongan untuk da’wah, disertai ancaman bagi yang meninggalkan
da’wah. Dalam melaksanakan tugas Da’wah itu, perlu diperhatikan TIGA bahan
renungan, iaitu:
1) Sesuatu tugas sampingan, yang tidak sempurna sesuatu yang wajib tanpa
mengerjakannya, hukumnya menjadi wajib:
Solat tidak dapat dikerjakan tanpa bersuci; maka bersuci menjadi wajib.
Demikian juga, berda’wah, mengajak orang menghayati dan melaksanakan
ajaran-ajaran Islam, menyakinkan mereka tentang kebenaran Islam,
mempersiapkan mereka untuk meratakan dasar-dasar dan hukum-hukum Islam,
itu semuanya termasuk jalan yang harus ditempuh untuk menegakkan
masyarakat Islam, dan memulai kehidupan secara Islam. Kalau kita sudah tahu,
bahawa mewujudkan masyarakat Islam dan merombak masyarakat Jahiliyyah
itu hukumnya wajib, maka sehubungan dengan kewajiban itu, tentulah segala
jalan yang harus ditempuh untuk membentuk masyarakat itu, hukumnya
menjadi wajib juga….!
Persoalannya malahan menjadi lebih jauh dan itu....! Kerana, sebenarnya
Islam sekarang ini tidak mempunyai Negara, tempat melaksanakan hukum
dalam segala persoalannya. Islam belum dijadikan sumber, tempat munculnya
segala tindakan-tindakan dalam sesuatu negara secara menyeluruh! Hukumhukum
tindakan dalam sesuatu negara secara menyeluruh! Hukum-hukum
Islam dewasa ini banyak yang seolah-olah “menganggur,” tidak dilaksanakan.
Maka kalau menetapkan hukum berdasarkan Syari’ah Allah itu hukumnya
wajib, tentulah mewujudkan kewajipan ini erat hubungannya dengan usaha
membentuk suatu masyarakat Islam yang sebenarnya. Maka untuk selanjutnya,
segala usaha untuk membentuk masyarakat Islam itu hukumnya wajib,
fardhu’ain, yang ditugaskan kepada setiap individu yang beragama Islam. Dan
jalan yang paling tepat untuk menegakkan masyarakat Islam itu ialah Da’wah.
Maka jelaslah bahawa da’wah itu hukumnya wajib, fardhu’ain dan orang-orang
yang meninggalkan Da’wah itu berdosa, kerana meninggalkan kewajiban yang
dituntut oleh Islam. Dan dosa ini tidak dapat ditebus, kecuali dengan tegak dan
bangkit, untuk memikul beban da’wah. Semua ummat Islam berkewajipan turut
mempunyai saham dalam usaha ini, sesuai dengan kemampuan dan
kemungkinannya masing-masing, supaya mereka sama berusaha melaksanakan
segala macam kegiatan, yang bertujuan membangun masyarakat Islam yang
sebenar-benarnya....!
\
2) ‘Amal adalah cabang dari Iman dan hasilnya:
Iman sendiri, belumlah betul-betul bernama Iman, jika belum mendorong
orangnya untuk bekerja terus-menerus, dalam rangka menyampaikan ajaranajaran
Islam itu kepada orang lain, yang belum turut menikmatinya. Iman
merupakan keyakinan tentang kebenaran sesuatu, ketenangan hati
menikmatinya, dan keinginan jiwa untuk berjuang menyampaikannya kepada
orang lain. Dalam Al Qur’an diterangkan:
وََلنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعَْلمَ اْلمُجَاهِدِينَ مِن ُ كمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ َأخْبَارَ ُ كمْ
Artinya;
“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu, agar Kami mengetahui siapa
yang berjuang dan yang bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan baikburuknya
hal ehwal kamu.”
(Surah Muhammad: Ayat 31)
Dan sungguh tepatlah peringatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam:
ليس الایمان بالتمنى ولا بالتحلى ولكن هوماوقر فى القلب وصدقه
العمل.
Artinya;
“Iman itu bukanlah angan-angan dan juga bukan perhiasan: tetapi Iman itu adalah
sesuatu yang menetap di dalam hati, dan dibenarkan dengan amal.”
(H.R. Ad Dailami)
Demikianlah Keimanan yang sebenarnya! Dan saudara-saudara para da’ie
perlu ingat, bahawa langkah pertama dalam beramal ialah membersihkan jiwa,
melepaskan jiwa dari penyakit-penyakit dan penyelewengan-penyelewengan.
Dan dalam hal ini, sesama orang-orang yang beriman haruslah saling
bermuhasabah saling nasihat-menasihati dalam menegakkan kebenaran, dan
sama bersabar dalam mengajak umat ke jalan Allah, dan berjuang menegakkan
agama-Nya.
Jadi, para daie diharapkan supaya mengorbankan jerih payahnya untuk
menegakkan ajaran-ajaran Islam dan melaksanakan tuntutan dakwah. Daie
sajalah yang bertugas menyampaikan ajaran Islam itu kepada umat manusia,
dan menjelaskannya dengan panjang lebar sesuai dengan taraf kecerdasan dan
pengertian masyarakat yang mereka hadapi. Itulah dia. Amanah yang
diserahkan kepada saudara-saudara para daie agar merekan menjadi pewaris
dari para Nabi.dan dalam melaksanakan tugasnya itu, daie perlu merenungkan
pesan Rasulullah Sallallahu ’alaihi Wasallam.
Artinya;
“Tidak ada seorang pun di antara Nabi-nabi, yang dibangkitkan oleh Allah sebelum aku, yang tidak mempunyai ”Hawary,” sahabat-sahabat yang terdekat kepada beliau dari kalangan umatnya, dan yang secara langsung menerima Sunnah-nya dan mengikuti
perintahnya. Kemudian kelak akan muncul satu generasi, yang mengatakan sesuatu
yang tidak mereka perbuat, dan suka memperbuat sesuatu yang tidak diperintahkan
kepada mereka. Maka barangsiapa yang berjuang menghadapi mereka dengan
tangannya, maka dialah orang yang beriman. Dan barangsiapa yang berjuangan
menghadapi mereka dengan lidahnya, maka dialah orang yang beriman. Dan barangsiapa
yang berjuangan menghadapi mereka dengan hatinya, maka dialah orang yang beriman.
Dan di bawah tingkatan itu, tidak ada lagi suatu keimanan, walaupun hanya seberat
sebiji bayam.”
Hadith riwayat Muslim
3) Allah lebih pantas untuk kamu takuti:
Sering terjadi, para daie mengelakkan diri untuk berbicara di tempattempat
yang seharusnya ia berbicara! Sebenarnya, sepatah kata yang benar,
sangat diperlukan di saat itu, tetapi para daie merasa segan untuk
mencetuskannya. Mungkin kerana khuatir, kalau-kalau kata-katanya itu ,
menyebabkan ia ditimpa bencana kemarahan dan kebencian orang....!
Tetapi para daie perlu ingat, bahawa tindakan yang demikian itu jelas
merupakan salah satu pewujudan dari sifat takut dan pengecut! Padahal sifat
takut dan pengecut itu adalah dua tamu yang tidak boleh diterima! Sepatutnya
kedua tamu itu jangan dilayani kalau datang menjenguk pintu! Malahan sedapat
mungkin mestilah diusahakan sepaya kedua tamu itu tidak mengetahui dari
mana pintu masuknya ke dalam hatu orang yang beriman....!
Sebenarnya, Allah lebih pantas untuk kita takuti....! Allah lebih pantas
untuk kita segani.....! seharusnya kita sebagai orang-orang beriman, selamanya
berusaha keras untuk mencari keredhaan Allah! Keredhaan Allah itulah yang
kita harapkan sekalipun akan menyebabkan timbulnya kemarahan dan
kebencian ummat manusia ini seluruhnya....! Daie perlu merenungkan doa
Rasulullah Sallallahu ’alaihi Wasallam:
اللهم ان لم یكن بك غضب على فلا أبالى.
Artinya;
“Ya Allah! Jika kamu dalam hal ini tidak ada kemarahan kepadaku, maka aku tidak
peduli...!”
Allah Subhanahu Wata’ala sudah mewajibkan kepada para da’ie, supaya
mereka menerima warisan kenabian, dan supaya mereka memikul beban itu!
Dan warisan yang paling penting dari kenabian itu ialah menghadapi dan
menggarap suasana Jahiliyyah, dengan segala macam bentuk dan ragamnya!
Da’ie wajib berjuang merombak kemungkaran, walau bagaimanapun bentuk
dan luas wilayahnya. Itu adalah tugas daie; sedang berhasil atau tidak usaha itu,
hal itu tidaklah termasuk dalam wilayah kekuasaannya. Da’ie perlu mengingat
Firman Allah Subhanahu Wata’ala:
وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّ ُ كمْ َفمَن شَاء َفْليُؤْمِن وَمَن شَاء َفْليَ ْ كُفرْ
Artinya;
“Katakanlah “Kebenaran telah datang dari Tuhan kamu. Maka barangsiapa yang mahu
beriman, biarlah dia beriman. Dan barangsiapa yang ingin kafir, maka biarlah dia kafir”
(Surah AI-Kahfi: Ayat 29)
Dan sahabat ‘Ubadah ibn Shamith berkata:
بایعنا رسول الله صلى الله عليم وسلم على ان نقول الحق اینما آنالا
نخاف فى الله لومةل لائم
Artinya;
“Kami telah bersumpah di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam untuk
mengatakan yang benar, di mana saja Kami berada. Kami tidak takut kepada celaan
orang yang mencela, demi menegakkan agama Allah…..”
(H.R. Abu Daud dan Tirmidzi; dan Tirmidzi mengatakan; Hadits ini Hasan).
Jadi, seharusnya para da’ie berhati-hati, agar jangan sampai terjadi,
mereka bertindak pengecut di tempat yang seharusnya mereka menunjukkan
keberanian, bersikap penakut di saat mereka diharapkan untuk memberi nasihat
Hendaklah mereka merenungkan lagi Hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dan ‘Abdullah ibn
Mas’ud r.a, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:
ان اول مادخل النقص على بنى اسرإیل انه آان الرجل یلقي الرجل
فيقول: یاهذا اتق الله ودع مادصنع فانه لایحل لك. ثم یلقاه من الغد فلا
یمنعه ذلك ان یكون اآيله وشریبه وقعيده. فلما فعلوا ذلك ضرب الله
قلوب بعضهم ببعض.
Artinya;
“Sesungguhnya kekurangan pertama yang menyusup ke tengah-tengah bangsa Israel
ialah, bahawa salah seorang di antara mereka menemukan temannya sedang mengerjakan
dosa, lalu ia berkata: “Oh, teman! Bertaqwalah kepada Allah, dan tinggalkanlah apa yang
anda perbuat itu! Itu tidak boleh!” Kemudian keesokan harinya mereka bertemu lagi
dalam suasana yang sama, lalu orang pertama tadi tidak merasa janggal lagi untuk
makan dan minum, dan duduk bersama-sama dengan orang yang dilarangnya kemarin
itu...! Dan setelah keadaannya demikian, maka Allah memukulkan hati mereka satu sama
lain, sehingga mereka saling bertengkar dan saling mempersalahkan antara sesamanya.”
Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam membacakan Ayat Al-Qur’an:
لُعِنَ الَّذِينَ َ كَفرُوْا مِن بَنِي إِسْرَائِي َ ل عََلى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ َذلِكَ بِمَا
( عَصَوا وَّ َ كانُوْا يَعْتَدُو َ ن ( 78
َ كانُوْا َ لا يَتَنَاهَوْ َ ن عَن مُّن َ كرٍ فَعَلُوهُ َلبِئْسَ مَا َ كانُوْا يَ ْ فعَُلو َ ن
Artinya;
“Telah kena laknat orang-orang kafir dan kalangan bangsa Israel, dengan ucapan Daud
dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu adalah disebabkan mereka durhaka dan
sekilu melewati batas. Mereka satu sama lain selalis tidak saling melarang perbuatan
mungkar yang mereka perbuat. Sungguh, amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat
itu…”
(Surah AI-Ma’idah: Ayat 78-79)__
Wassalam...
No comments:
Post a Comment